Home » , , , , » MENARIK!! Di MLM 2014 Datuk Jalaluddin Hassan Minta Virus Muhasabah Diri

MENARIK!! Di MLM 2014 Datuk Jalaluddin Hassan Minta Virus Muhasabah Diri

Written By Nick AreLonk on Wednesday 7 January 2015 | 05:54

MENARIK!! Di MLM 2014 Datuk Jalaluddin 

Hassan Minta 

Virus Muhasabah Diri



Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada minggu lalu telah menyaksikan persembahan terbaik para peserta.

Pentas bertemakan 'Bebas' bersama 'Artis Jemputan' itu boleh dikatakan yang terbaik sepanjang MLM 2014 bersiaran.

Perkara tersebut diakui oleh para juri yang berpuas hati dengan persembahan para peserta kerana telah menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Terutama kumpulan Virus yang dilihat telah membuat persembahan terbaik sepanjang berada di pentas MLM musim ini.

Bagaimanapun, juri Datuk Jalaluluddin Hassan telah berpesan kepada kumpulan yang dianggotai oleh Tauke, Zizan dan Yus itu supaya sentiasa muhasabah diri agar tidak leka dan sentiasa bersedia dengan persembahan pada minggu akan datang.

Untuk menyaksikan apakah pesanan lain yang diberikan oleh Datuk J kepada kumpulan Virus, saksikan temuramah Astro Gempak bersama Tauke ini:

Powered by Blogger.