Home » , , , » CERITA SEBENAR!! Hubungan Sebenar Song Jihyo, Kang Gary Tersebar

CERITA SEBENAR!! Hubungan Sebenar Song Jihyo, Kang Gary Tersebar

Written By Nick AreLonk on Thursday 8 January 2015 | 19:44

CERITA SEBENAR!! Hubungan Sebenar Song Jihyo, Kang Gary Tersebar


Pasangan popular program Running Man, ‘Monday Couple’ Song Jihyo dan Kang Gary baru-baru telah menghangatkan industri hiburan di Korea apabila foto mereka berpelukan mesra tersebar.

Foto tersebut diambil selepas majlis menyambut kemenangan program Running Man yang menang besar semasa majlis ‘2014 SBS Entertainment Awards’ pada hujung tahun lalu.

Gambar yang diambil menerusi akaun Twitter salah seorang pekerja yang hadir semasa majlis itu berlangsung kemudiannya tersebar dengan pantas di internet.

Semasa foto tersebut diambil, Song Jihyo dan Kang Gary yang duduk di tengah antara kru produksi dan juga ahli-ahli Running Man dilihat berpelukan mesra seakan-akan tidak menghiraukan suasana yang meriah.

Pasangan itu nampak sangat akrab sehingga peminat mendakwa bahawa mereka berdua sebenarnya mempunyai hubungan.




 

Foto yang menjadi tanda tanya mengenai hubungan sebenar Song Jihyo dan Kang Gary



 

Bagaimanapun, tidak lama kemudian syarikat pengurusan Song Ji Hyo iaitu C-Jes Entertainment menafikan dakwaan tersebut.

"Seluruh kru pruduksi dan ahli-ahli Running Man sangat rapat antara satu sama lain... Foto tersebut tidak membawa apa-apa makna dan sebenarnya mereka mengambil gambar lebih daripada satu dan gambar itu kemudiannya dipilih untuk menunjukkan betapa akrabnya hubungan mereka bersama produksi." jelas jurucakap agensi tersebut.

Dalam pada itu menurut laporan Allkpop,  agensi syarikat Gary iaitu Leesang turut mengeluarkan kenyataan menfikan bahawa kedua-dua artis terkenal itu mempunyai hubungan.

"Tidak dinafikan foto yang tersebar itu telah menjadi topic hangat... Namun hubungan mereka berdua sebenarnya tidak lebih daripada hubungan kekeluargaan seperti adik dan abang.

"Dan tidak mungkin hubungan itu akan berputik menjadi cinta." kata jurucakap tersebut.-astrogempak

Powered by Blogger.