Home » » GEMPAK!!! VIDEO WANITA MAIN BIOLA SEMASA OTAKNYA DIBEDAH

GEMPAK!!! VIDEO WANITA MAIN BIOLA SEMASA OTAKNYA DIBEDAH

Written By Nick AreLonk on Wednesday, 17 September 2014 | 05:03

WANITA MAIN BIOLA SEMASA OTAKNYA DIBEDAH




Seorang wanita terpaksa berhenti bermain biola kerana didiagnosis mengidap penyakit saraf. Penyakit tersebut membuat tubuhnya gemetar tanpa kawalan hingga dia tak boleh bermain biola dengan baik.

Selepas 20 tahun berhenti bermain biola, wanita bernama Naomi Elishuv ini akhirnya menemui suatu cara untuk mengatasi penyakit yang dinamakan 'essential tremor' tersebut. Cara yang dimaksudkan pembedahan otak  'deep brain stimulation'.

Elishuv telah menjalani pembedahan ini di Tel Aviv Sourasky Medical Center, Israel. Seperti dikutip dari Metro.co.uk, Ahad (14/9/2014), dalam prosedur tersebut, satu-satunya tugas pasukan bedah adalah memasang pacemaker berupa elektrod di salah satu bahagian otak Elishuv yang bertanggung jawab terhadap munculnya tremor.

Uniknya, wanita yang pernah bersama dalam Lithuanian National Symphony Orchestra tersebut diminta bermain biola selama prosedur berlangsung agar pasukan bedah dapat memastikan mereka telah meletakkan elektrod tadi ke kedudukan yang tepat di otaknya sehingga tremornya dapat dihentikan.


Powered by Blogger.