Dazrin dan Amyra tak jadi kahwin??
KUALA LUMPUR: Rencana pernikahan pasangan pelakon, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli, yang dijadualkan pada Jumaat ini tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.
Ibu kepada Amyra yang juga pengurusnya, Norzaridah Ahmad, mengesahkan perkara itu ketika ditemui HIP di Balai Berita, Bangsar, hari ini.
Ibu kepada Amyra yang juga pengurusnya, Norzaridah Ahmad, mengesahkan perkara itu ketika ditemui HIP di Balai Berita, Bangsar, hari ini.
Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama.
"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
"Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini," katanya.
Pasangan berkenaan bertunang pada 25 Ogos tahun lalu, selepas tiga tahun berkenalan. Amyra dan Dazrin dikenali menerusi drama Jodoh.