Home » » SENSASI!!! Pernikahan Jue Aziz dan suami sah ikut syarak

SENSASI!!! Pernikahan Jue Aziz dan suami sah ikut syarak

Written By Nick AreLonk on Wednesday, 6 August 2014 | 06:08

Pernikahan Jue Aziz dan suami sah ikut syarak


Jue Aziz (kiri) bersama suaminya, Bayu Pramana Putra Achmal Danial ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan pernikahan aktres jelita, Jue Aziz dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal Danial adalah sah dan mengikut syarak.

SEBELUM ini, kecoh perihal pelakon Jue Aziz yang dikatakan bernikah tidak mengikut syarak dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal Danial.
Kedua-duanya berkahwin di Sulawesi, Indonesia pada 9 Mac lalu dan ia tidak dihebahkan kepada media dan peminat sebelum ini.
Justeru, Jue telah memohon untuk membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menerusi laporan Sinar Harian sebentar tadi, telah diputuskan bahawa pernikahan pelakon itu dan suaminya adalah sah dan mengikut syarak.
Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan lanjut daripada pasangan itu.
Apapun, kami ucapkan tahniah kerana keputusan itu bakal menutup mulut-mulut pihak yang bersangka negatif terhadap mereka sebelum ini…






Powered by Blogger.