Home » , » Miliki Dadah, Anak Lelaki Jackie Chan Dijatuhi Hukuman Penjara

Miliki Dadah, Anak Lelaki Jackie Chan Dijatuhi Hukuman Penjara

Written By Nick AreLonk on Friday 9 January 2015 | 20:08

Miliki Dadah, Anak Lelaki Jackie Chan Dijatuhi Hukuman Penjara


Anak lelaki kepada pelakon aksi terkenal, Jackie Chan, telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM1200 oleh mahkamah tinggi di China atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Jaycee Chan,32 , antara barisan selebriti terawal yang ditahan pihak polis selepas kerajaan China secara agresif melancarkan kempen anti dadah sejak tahun lalu.
Tangkapan dilakukan ke atas Jaycee selepas kediamannya diserbu pihak berkuasa dan menemui dadah jenis ganja seberat 100 gram selain keputusan positif dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan ke atasnya.
Dalam pada itu, mahkamah menjelaskan Jaycee “secara sukarela mengaku bersalah” di hadapan pendakwa raya dan sedia menjalani hukuman berat.
“Saya telah melanggar undang-undang dan harus dihukum. Apabila saya dibebaskan kelak, saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan kerana telah membuatkan keluarga dan rakan-rakan kecewa dan malu,” jelas Chan dalam satu kenyataan terakhir kepada mahkamah.
Bulan lalu, media di China melaporkan Jackie Chan berasa malu dengan kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan anaknya dan berharap satu hari nanti dia akan sama-sama turun membanteras jenayah berkaitan dadah.
Jackie Chan pernah berkhidmat sebagai jurucakap bagi Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan pada tahun 2009 yang menggalakkan pendidikan anti dadah.-astroawani

Powered by Blogger.