Setelah Habis Perlawanan, Ini Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Penyokong Bola Sepak Vietnam
Perkara ini amat mendukacitakan rakyat Malaysia, dan rakyat Malaysia telah beramai-ramai menggunakan hashtag #wearesorryvietnam.
Ada rakyat Vietnam yang memahami insiden ini adalah disebabkan oleh sebilangan kecil hooligan, tetapi ramai yang tidak memahami dan menghantar kecaman sebegini.
Ia agak menakutkan kerana berpotensi menyebabkan serangan balas terhadap pemain-pemain dan penyokong Malaysia ketika perlawanan second leg di Stadium My Dinh, Vietnam.
Tetapi apa yang berlaku pada perlawanan second leg adalah sebaliknya, gambar-gambar ini diambil dari twitter Ultras Malaya.
Bagai tiada apa-apa berlaku, peminat bolasepak Vietnam menerima kita dengan hati terbuka. Malah, pihak berkuasa bersungguh-sungguh menjaga keselamatan penyokong bolasepak Malaysia.
Walaupun diserang ketika berada di Stadium Shah Alam, An Vu Nguyen, seorang penyokong bola sepak Vietnam yang bergelar pelajar, masih berkata perkara baik tentang Malaysia.
Mereka turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Malaysia memenangi perlawanan semalam.
Sikap memaafkan, dan membalas kejahatan dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh warga Vietnam, adalah sungguh mulia!
Semoga kita mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini.
#wearesorryvietnam
Dan tahniah kepada Harimau Malaya kerana melayakkan diri menentang Thailand untuk perlawanan akhir!
Sumber: Ultras Malaya, Cilisos, The Star