KISAH BENAR!! Video Manusia Mati Tidak Mengira Waktu Atau Cara Bila & Dimana
Manusia yang menjadi sebaik-baik kejadian dan semulia-mulia makhluk adalah mereka yang menghampirkan diri kepada Allah dimana jua mereka berada,baik di waktu bersendirian mahupun terang-terangan.Apabila dibacakan ayat Allah yang menceritakan tentang seksa dan azabNYa,maka gementarlah hati-hati mereka kerana takut.Dan apabila dibaca ayat-ayat suci yang menggambarkan indahnya kehidupan di syurga maka mereka akan bersemangat untuk melakukan ibadat dan amal soleh.
Bila sudah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal.MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia itu bergelar janin seawal usia tiga bulan kerana tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mati tidak kenal umur, pangkat dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan.
Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan? Bayangkan apakah perasaan anda sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan.? Matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan.
Kematian tidak mempunyai peringkat atau tingkatan. Bahkan jika ALLAH telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau mendahulukannya. Firman ALLAH bermaksud: Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu.
Post by Siakap Keli.