CERITA!! Anak Antashah Mohd Nor,Arshad bertarung nyawa jalani pembedahan keempat Sell Hati Tidak Berfungsi
KUALA LUMPUR: "90 peratus sel hatinya tidak berfungsi, Arshad kini terus bertarung nyawa menjalani pembedahan keempat."
Permulaan bicara yang kurang enak didengar daripada bapa bayi 19 bulan yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah, Antashah Mohd Nor ketika menghubungi Astro AWANI lewat petang Sabtu 22 November.
Kata Antashah, pada petang Jumaat, Arshad dipindahkan ke wad biasa selepas prosedur pengasingan sel tubuh Arshad diambil untuk mengesan bahagian yang mengalami jangkitan (biopsi).
"Petang semalam selepas biopsi dilakukan, Arshad dipindahkan ke wad biasa kerana ujian darah dan dari pemerhatian sudah nampak lebih stabil.
"Namun, sepanjang berada di wad biasa, Arshad kelihatan tidak selesa dan seperti dalam kesakitan. Perkara yang tidak disangka berlaku, perut Arshad membesar sepanjang malam.
"Pagi tadi ujian pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dilakukan dan mendapati masih ada ketulan air yang tidak dapat diserap," jelasnya.

Kata Antashah lagi, anaknya terus ditolak ke dewan bedah dan doktor telah menerangkan secara terperinci mengenai pembedahan kali keempat yang terpaksa dijalankan kurang sebulan selepas pembedahan pemindahan hati akhir bulan lalu.
"Kami menerima keputusan biopsi semalam dan diberi penerangan terperinci berkenaan keadaan Arshad. Berita gembira buat kami, tiada penolakan hati yang baru dari Arshad.
"Namun, kuasa Allah melebihi segala andaian dan percaturan kita dalam berusaha.
"Sel-sel hati yang patutnya 'regenerate' atau dihasilkan semula di dalam hati dengan pengaliran darah melalui salur darah tidak berlaku.
"90 peratus dari keputusan biopsi menunjukkan sel hati Arhad telah mati," katanya dalam nada sayu.
Jelasnya, punca Arshad di dalam situasi berkenaan adalah kerana kekurangan nutrien dan serangan jangkitan kuman serta proses penyembuhan.
"InsyaAllah, kami percaya akan kekuasaan dan kesembuhan dari Allah buat pejuang kami...Arshad. Cuma hati kecil kami sedih melihat tubuh kecil Arshad dibedah berulang kali," katanya.

Arshad menjalani pembedahan pemindahan hati pada28 Oktober lalu di Hospital Universiti Singapura(HUS) namun terpaksa menjalani pembedahan susulan selepas mengalami kesukaran bernafas pada 5 November lepas.
Pada 11 November, Arshad menjalani satu lagi pembedahan selepas pakar mendapati perutnya kembali membesar.
Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu selain berdoa Arshad akan kembali ceria dalam dakapan ibu dan 'daddy'.
Sejak Julai, Astro AWANI menyiarkan kisah Arshad yang memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk pembedahan pemindahan hati.
Kos itu tidak termasuk rawatan susulan dan ubat-ubatan yang terpaksa ditanggung selepas pembedahan.
"Bagaimanapun dana semakin kurang. Sebabnya, Arshad menjalani tiga kali lagi pembedahan selepas pemindahan hati dan ditempatkan terlalu lama di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menelan kos sangat mahal," katanya.
Antashah semakin sihat namun badannya sedikit bisa selepas pembedahan pemindahan hati di HUS. -Gambar Antashah
Dalam pada itu, Antashah memberitahu keadannya selepas pembedahan hati semakin baik walaupun sesekali diserang bisa dan sengal badan.
"Tetapi mengenangkan apa yang harus Arshad lalui, kami jadi tabah dan semakin kuat menghadapi semua ini.
"Setiap kali melihat Arshad terbaring layu, sesekali tersenyum melawan sakit bila melihat telatah kami mengusiknya," jelasnya.
Selain https://www.facebook.com/Arshadimanshah, maklumat mengenai Arshad juga boleh diperoleh melalui #arshadimanshah, #donateRM1forbabyarshad, #donatemoreRM1forbabyarshad dan #donateandsavebabyarshad.
Orang ramai juga boleh terus menghulurkan bantuan kepada Arshad dengan menggunakan akaun POSB Antashah di Singapura yang bernombor 406184617 atau melalui akaun Maybank Antashah yang bernombor 5628 4350 6388.