Home » , , » TERKINI!! Ulasan Penuh Kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ : Ustaz Jemputan

TERKINI!! Ulasan Penuh Kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ : Ustaz Jemputan

Written By Nick AreLonk on Tuesday 21 October 2014 | 17:47


Saya ingin jelaskan disini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program - Mohd Iqbal/Pic:Youtube

KUALA LUMPUR: Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Iqbal Parjin, 33, yang menyampaikan ceramah agama dalam Kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’, pada 19 Okt lalu tampil memberikan kenyataan berhubung program tersebut yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan masyarakat Islam khususnya, seolah-olah mengambarkan pembabitannya dalam program berkenaan sebagai satu sokongan.
Beliau menerusi laman Facebook miliknya, Abu Zulfaqar berkata, jemputannya ke program tersebut hanya sekadar untuk berkongsi ilmu dan menyampaikan mesej Islam kepada golongan Muslim dan bukan Muslim setelah difahamkan kempen tersebut mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
“Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
“Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program 'I Want To Touch a Dog', yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS,” tulis Mohd Iqbal dientrinya, semalam.
Mohd Iqbal yang merupakan seorang guru Agama dan pelajar Sarjana di Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains Dan Tamadun (Casis) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan aksi mesra termasuk peluk dan cium anjing yang dilakukan oleh peserta-peserta (khususnya Muslim) pada hari tersebut.
"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
“Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
“Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau turut dimaklumkan bahawa tempat perkongsian ilmu yang dianjurkan oleh pihak penganjur telah diasingkan dari tempat pengumpulan haiwan tersebut.
“Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
“Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu,” jelasnya.
Ustaz Mohd Iqbal sedang memberikan ceramah kepada pengungjung yang hadir ketika kempen 'Saya Mahu Sentuh Anjing' mengenai perspektif anjing menurut Islam/Pic:FBUstaz Mohd Iqbal sedang memberikan ceramah kepada pengungjung yang hadir ketika kempen 'Saya Mahu Sentuh Anjing' mengenai perspektif anjing menurut Islam/Pic:FB
Terdahulu, satu program ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing), diadakan di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya sebagai satu usaha oleh pihak penganjur untuk mengatasi persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.
Dilaporkan, ia dihadiri lebih 1,500 orang pengunjung yang dalam kalangan mereka merupakan orang Islam.
Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh pihak penganjur dilaman Facebook jelas menunjukkan segelintir pengunjung yang hadir terdiri daripada orang Islam yang tanpa segan silu menyentuh serta memeluk anjing dalam kempen tersebut.
Mengulas mengenai kempen berkenaan, Mohd Iqbal berkata, beliau sedikit kesal dengan sesetengah pengamal media yang kononnya hanya menyebarkan sebahagian ucapan tanpa menyebut bahagian hukum - hakam yang dijelaskan olehnya.
“Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum - hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
“Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat,” katanya.

Powered by Blogger.