TERBARU!! TMJ SAH KAHWIN 8 NOVEMBER
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.
"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.