MISTERI!! Batu Membesar & Bergerak Sendiri Bila Hari Hujan Membuatkan Orang Ramai Terkejut
Romania mempunyai sebuah daya tarik tersendiri yang disebut Trovants . Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi sebuah batu yang akan membesar saat hujan dan boleh bergerak sendiri.
Batu yang namanya ” pasir disimen ” itu terdapat di desa Costesti . Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah adanya aktiviti seismik yang kuat . Gempa bumi yang memunculkan batu itu pada 6 juta tahun yang lalu.
Trovants kemudian membesar ketika bercampur dengan air . Akhirnya , dari ukuran 6-8 mm kini sudah mencapai 6-10 meter hingga lebih.
Proses pembesaran itu dibuktikan dengan adanya lingkaran usia pada batu , sama seperti pokok . Trovants mempunyai teras baru dengan kulit luar yang terdiri daripada pasir . Selepas hujan lebat maka batuan kecil akan jadi besar dan khabarnya semua batu tersebut bentuknya sama.
Ada banyak teori , mulai dari saintis hingga mistik , mengenai keanehan Trovans . Saintis yakin di sebalik cengkerang batu mengandungi mineral tinggi yang jika basah akan merebak dan menekan jadi lebih besar . Namun itu hanya teori yang belum dibuktikan dengan kajian.
Trovants kini menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Romania . Muzeul Trovantilator ( Muzium Nasional Perlindungan Trovants ) ditubuhkan pada 2004 dan sekarang dilindungi UNESCO.