Home » , » PUNCA!! Kenapa Orang Melayu Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

PUNCA!! Kenapa Orang Melayu Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

Written By Nick AreLonk on Tuesday, 23 September 2014 | 01:44

PUNCA!! Kenapa Orang Melayu Susah Berjaya Dalam Perniagaan?


Apa yang kami akan kongsi ini ada benarnya dan mungkin ada yang tidak benar. Jika anda seorang peniaga, ambillah mana-mana point yang boleh diambil menjadi pengajaran dan belajarlah dari apa yang kami kongsikan ini.
Mengikut pengalaman penulis sendiri, amat dikesali apabila ada orang melayu yang berniaga hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya perniagaan lingkup di tengah jalan.
Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sedangkan bagi orang cina, mereka perlahan-lahan membina kemesraan dan kepercayaan (network) dengan pelanggan dan akhirnya keuntungan akan datang bila pelanggan akan sentiasa kembali berurus niaga kerana selesa untuk berurusan dengan peniaga tersebut.
Sebab itulah saya dapat lihat ramai peniaga cina yang mesra dan baik hati dalam berniaga. Inilah sikap yang orang melayu patut contohi. Sudah banyak kali penulis jumpa peniaga melayu yang berniaga berbekalkan muka 10 sen. Bukan sahaja peniaga tetapi termasuk juga pelayan restoran. Layan pun acuh tak acuh. Kalau macam tu gayanya, macam mana lah rezeki nak masuk. Tak gitu?
Kalau jumpa peniaga macam ini, memang saya angkat kaki je. Bukanlah tanak support orang melayu tapi ikhlaskah dia jika berniaga dengan muka yang langsung tidak mesra alam? Sampaikan kita pun tak ikhlas nak berurus niaga dengan dia. Sebab tulah peniaga yang macam tu, akan buatkan pelanggan susah nak kembali untuk berjual beli.
Selain itu, saya juga ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang sebab kenapa orang melayu kurang berjaya dalam bisnes berbanding orang cina iaitu:
Orang Melayu:
  • untung RM5 kata kecil dan asyik komplen tak boleh nak berniaga
  • berniaga nak mudah semuanya dan nak terus untung
  • malas usaha dan selalu terlibat dengan skim cepat kaya dan MLM
  • lebih banyak merungut dari berusaha
  • suka guna khidmat bomoh, selalu dengki, iri hati jika ada jiran berniaga benda yang sama
  • bangga jawatan dalam business card padahal tak sedar hakikatnya hanyalah seorang kuli
  • sukar tepati janji terutamanya masa
Orang Cina:
  • jual topap untung RM0.50 tak merungut
  • banyak berusaha barulah dapat untung
  • berani berubah
  • masih boleh berniaga walau jiran berniaga benda yang sama. Mereka sebenarnya bukan jual barang tapi berlumba memberikan layanan lebih mesra untuk menarik pelanggan
  • tak kisah jika wujud pesaing
  • tak malu berniaga, anak-anak dari kecil sudah diajar berniaga. Walaupun baju lusuh, tapi duit bertingkek-tingkek di bank kerana sentiasa diajar merendah diri dalam hidup dan berbelanja
  • sentiasa menepati janji
Setujukah anda dengan senarai tersebut? Apa pendapat anda? Apa yang saya dapat katakan, hanya separuh saja yang benar dan selebihnya tidaklah menunjukkan sifat sebenar perniagaan orang melayu. Namun dapat juga kita ambil point di atas untuk dijadikan ilmu dalam perniagaan. Sentiasa amalkan perniagaan yang positif dan halal.
Selain itu, ada juga yang berkongsi tentang penyakit-penyakit melayu di bawah ini. Setujukah anda?:
  • Bila miskin kita dibenci
  • Bila susah kita dikeji
  • Bila meminta kita dicaci
  • Bila kaya kita didengki
  • Bila lebih kita dikhianati
  • Bila diberi kita diumpati
  • Kita dicari bila dihajati
  • Kita mati baru puas hati
Untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah mudah. Ianya tidak tercapai dalam satu malam, tidak juga tercapai dengan hanya memetik jari. Untuk mencari kejayaan dalam perniagaan, sentiasalah mencari keberkatan dan berniagalah mengikut landasan Islam. Carilah sumber pendapatan yang halal, takut-takut di akhirat nanti darah daging kita yang terhasil dari sumber yang haram akan menjadi bahan bakar di neraka.

sumber:rhttp://fitrihadi.com/2014/05/bongkar-kenapa-orang-melayu-susah-berjaya-dalam-perniagaan/

Powered by Blogger.