LAPORAN PENUH!! MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi - Penyiasat
KUALA LUMPUR: Laporan awal oleh kumpulan penyiasat Belanda mencadangkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi sebelum ia berkecai di udara ketika nahas berlaku pada 17 Julai 2014 yang lalu..
Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda petang ini turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal, kecemasan atau berpunca dari anak kapal pesawat terbabit.
Laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra itu berkata lebih banyak siasatan diperlukan sebelum mengenal pasti secara tepat punca sebenar nahas.
“Badan Keselamatan percaya lebih banyak bukti akan diperolehi oleh pasukan penyiasat dalam masa terdekat.”
“Laporan awal menyiarkan hasil penemuan pertama terhadap siasatan yang sedang dijalankan. Dari ketika ini, pasukan penyiasat akan bekerja ke a ah menghasilkan laporan yang terakhir. Badan ini mensasarkan untuk mengeluarkan laporan penuh dalam tempoh setahun dari tarikh nahas.
Menurut laporan itu, perakam suara kokpit pesawat itu mendedahkan tiada tanda-tanda sebarang kesilapan teknikal atau keadaan kecemasan. ASTRO AWANI
BERITA LANJUT MENYUSUL...............