Home » , » Kisah Seram!! Tetamu Tak Diundang

Kisah Seram!! Tetamu Tak Diundang

Written By Nick AreLonk on Sunday, 21 September 2014 | 04:42

Kisah Seram!! Tetamu Tak Diundang 


Tetamu Tak Diundang (Kisah Seram) | Kisah ini terjadi kepada keluarga saya pada tahun 2003. Ayah saya selalu pulang kira-kira sebelas malam dari tempat kerja kerana kerja lembur. Pada waktu itu, ayah saya tidak mengamalkan surah-surah tertentu ataupun ada sifat waspada sebelum masuk ke rumah. Maklumlah, dah bertahun-tahun kerja malam, tidak ada apa-apa aneh pun yang berlaku... Sehinggalah satu ketika...

Insiden pertama

Mak saya sedang tonton televisyen pukul 10 malam di dalam biliknya. Pintu bilik dibuka kecil. Jadi bila sedang menonton, tiba-tiba ternampak suatu bayang lalu dari bilk saya ke bilik adik saya. Bilik saya terletak di hadapan bilik mak. Bilik adik terletak di bilik sebelah mak. Jadi mak ingatkan sayalah yang pergi ke bilik adik. Mak saya tunggu punya tunggu untuk saya kembali ke bilik saya. Saya tak balik-balik. Mak rasa tak sedap hati lalu dia periksa bilik adik saya. Adik saya sedang tidur. Mak lihat saya di dalam bilik saya. Saya tidur berdengkur,


Insiden kedua

Perkara-perkara aneh dan yang tidak menyedapkan hati berlaku sepanjang hari. Sasaran utama adalah Mak saya. Bila Mak sedang membasuh pinggan mangkuk, Mak selalu perasan di hujung matanya semacam ada orang duduk di kerusi dapur sedang merenungnya. Mak toleh. Tiada orang. Bila mak sedang mengemop, Mak akan terbau bau sesuatu yang amat wangi. Anehnya, bau itu boleh dibau hanya dari satu penjuru rumah sahaja, seolah-olah ada orang berbau wangi sedang berdiri di penjuru itu. Mak kata baunya macam "Bau India". Pagi-pagi, Mak akan memandikan abang saya yang bersifat istimewa dan kurang upaya. Abang akan dibaringkan di lantai bilik air. Apa yang menakutkan Mak adalah, abang saya itu asyik merenung sahaja di atas kepala Mak. Mukanya pula pucat macam dia ternampak sesuatu yang tak pernah dilihatnya di atas Mak. Mak rasa tak sedap hati. Kadangkala, Mak akan terasa kepanasan yang teramat sangat bila dia solat. Kemuncak insiden berlaku pada malam itu.

Insiden ketiga

Semua ahli keluarga saya sedang tidur di dalam bilik masing-masing. Tiba-tiba Mak terdengar adik saya yang sedang tidur dengan abang saya di bilik sebelah pekik, "Mama, Mama! Siapa tu?". Mak saya datang. Adik saya yang baru berusia tiga tahun sedang berdiri di penjuru katil dalam ketakutan sambil menuding jari ke arah belakang Mak saya. Adik saya ditenangkan Mak dan Ayah saya. Rupa-rupanya, mengikut cerita adik, dia ternampak macam ada orang sedang berdiri di ruang tamu dan pakai kain warna merah sedang menjenguk adik saya. Ada banyak lagi gangguan yang dialami adik saya. Dipendekkan cerita kita minta bantuan dari pakcik saya, abang kepada ibu saya, yang arif.

Pakcik saya kata kepada Mak saya, "Aku dah dapat rasa lain macam bila aku masuk rumah kau tadi. Bila aku solat kat rumah kau, dia ganggu aku. Tapi dia dah pergi. Makhluknya beragama Hindu. Aku rasa dia ikut suami kau balik dari tempat kerja."

Ayah saya kata,"Dulu kat sebelah tempat saya kerja ada kuil Hindu."



Powered by Blogger.