Nak Lihat Wajah Tan Hong Ming Dan Umi Qazrina Sekarang?
KAMI yakin anda masih ingat lagi dengan iklan khas ‘percintaan’ Tan Hong Ming dan Umi Qazrina sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50, tujuh tahun lalu.
Iklan berkisarkan dua kanak-kanak berlainan bangsa yang saling menyukai antara satu sama lain itu sememangnya punyai mesej yang cukup mendalam.
Tanpa sebarang prasangka, mereka memilih untuk berkawan tanpa mengira warna kulit, agama, mahupun politik kerana pemikiran yang masih suci dan bersih.
Betapa hebatnya iklan ini sehingga berjaya merangkul anugerah Emas untuk pada Festival Iklan Antarabangsa Cannes Lions pada tahun 2008.
Oh ya, bagi mereka yang merindui kedua-dua kanak-kanak ini, kami kongsikan wajah terkini mereka yang kini sedang menuntut di sekolah menengah.