MH17:Sedih.. Abderrahman Tidur Berselimutkan Uniform Bapa
Pada usia 9 bulan Abderrahman mungkin tidak mengerti apa-apa tapi kami pasti hatinya tertanya-tanya ke mana menghilang kelibat bapa yang selama ini memanjakannya cuma tak pandai diluahkan.
Abderrahman yang merupakan anak pembantu juru terbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi merupakan antara waris mangsa yang paling mendapat perhatian ketika upacara penghormatan terakhir semalam.
Dapat dilihat, seorang rakan sekerja yang mendukung anak kesayangan allahyarham Ahmad Hakimi turut menangis tersedu-sedu ketika solat jenazah kerana tidak dapat menahan perasaan pilu.
Namun bagi kami gambar paling mengundang sebak adalah Abderrahman tidur sambil diselimutkan dengan uniform bapanya yang mendapat banyak perkongsian di Twitter.
Bagi masyarakat Melayu kita tentu maklum amalan menyelimutkan anak dengan pakaian ini biasanya dilakukan seorang ibu bagi mengelak anak kecil demam kerana terlalu merindukan bapanya yang jauh.
Memang berat dugaan buat semua waris mangsa MH17. Didoakan semoga mereka tabah menerima ketentuan ini sebagai takdir Ilahi.