Menyesal lari tinggalkan keluarga
BANDARAYA MELAKA - Akibat terpesona dengan cinta dari negara seberang, seorang gadis sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga untuk ke Indonesia demi menjalani kehidupan bersama dengan seorang lelaki yang dicintainya.
Namun, perasaan itu tidak bertahan lama kerana selepas dua bulan melalui kehidupan penuh kesempitan di sana, akhirnya timbul rasa menyesal sehingga memaksa keluarga mencari jalan agar dia segera dapat pulang ke pangkuan keluarga.
Perkara tersebut diceritakan ibu gadis terbabit, Azizah Ahmad, 50, yang terlalu bimbangkan soal nasib serta kehidupan anaknya di sana.
Lebih menyedihkan, dipercayai kerana terlalu memikirkan masalah tersebut, dia kini terpaksa menjalani rawatan di Hospital Melaka akibat serangan jantung.
Menurut Azizah, anaknya, Suliza Kassim, 18, keluar dari rumah sewanya di Solok Pantai Peringgit pada 11 Jun lalu dengan alasan mahu ke Port Dickson bersama kawan-kawan untuk menyertai aktiviti perkelahan.
Menurutnya, pada awalnya dia tidak berasa bimbang kerana anaknya itu sering meminta izinnya keluar bersama kawan-kawan, tetapi selepas menerima panggilan yang menyatakan gadis berada di Jambi, Sumatera bersama teman lelakinya dikenali Laili Iskandar, hatinya mula bimbang.
"Dia ada memberitahu saya mengenai hasratnya mahu berkahwin tidak lama lagi dan mahu meminta restu keluarga. Bagaimanapun saya memintanya untuk pulang ke rumah. Dia berjanji akan balik dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya.
Disebabkan bimbangkan keselamatan anaknya itu, Azizah kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam pada keesokan harinya.
Azizah berkata, selepas kejadian itu, dia ada menghubungi Suliza beberapa kali, namun panggilan terakhirnya kelmarin benar-benar membuatkan hatinya terlalu risau.
Ini kerana, katanya, anaknya itu mengadu kehidupannya begitu susah di sana dan meminta keluarganya mengambilnya pulang.
“Menurut anak saya, dia begitu susah untuk mendapatkan makanan di sana. Dia terpaksa makan makanan sama setiap hari, itupun kena bekerja di sawah padi terlebih dahulu sebelum dapat makan.
“Katanya lagi, dia ada menyatakan hasrat untuk pulang ke Melaka pada teman lelakinya namun, memerlukan perbelanjaan sendiri untuk kos tambang sedangkan anak saya tidak mampu untuk menyediakan semua itu,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini
semalam.
Azizah berkata, Suliza juga sepatutnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 18 Ogos lalu, namun sehingga kini masih belum mendaftarkan diri.
“Saya bimbangkan masa depannya sekiranya menolak pergi ke PLKN. Baru-baru ini, saya ada memohon pihak berkenaan supaya menunda tarikh pendaftaran atau menangguhkannya ke sesi lain.
“Saya berharap Suliza dapat segera dibawa pulang ke negara ini, supaya dia dapat menyertai PLKN,” katanya.
Menyorot kembali lelaki bernama Laili Iskandar itu, Azizah berkata, dia mengenali lelaki itu ketika tinggal di Felda Bukit Jalor, Gemencheh kira-kira tiga tahun lalu.
“Ketika itu, Suliza baru tingkatan tiga. Lelaki itu ada datang ke rumah saya dan berkawan dengan anak saya. Saya ingatkan dia sekadar kawan dan tidak sangka pula dia masih berhubung sehingga kini," katanya yang memberitahu Suliza adalah anak bongsu daripada lima beradik.
Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan segera membantu membawa pulang gadis berkenaan kembali ke pangkuan keluarga dengan meminta kerjasama pemimpin di Jambi.
“Kita juga akan cuba dapatkan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi melancarkan lagi usaha ini demi memastikan gadis ini dapat disatukan dengan keluarganya semula," katanya.