Home » , » Empat daripada tujuh sekeluarga termasuk bayi maut Bercuti Ke Kota Kinabalu Tidak Kesampaian

Empat daripada tujuh sekeluarga termasuk bayi maut Bercuti Ke Kota Kinabalu Tidak Kesampaian

Written By Nick AreLonk on Monday, 5 January 2015 | 20:16

Empat daripada tujuh sekeluarga termasuk bayi maut Bercuti Ke Kota Kinabalu Tidak Kesampaian


Ranau: Perjalanan tujuh sekeluarga untuk bercuti di Kota Kinabalu berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka termasuk bayi perempuan berusia tiga bulan terbunuh akibat kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan terseret sejauh 30 meter di Kilometer 56 Jalan Ranau–Telupid berhampiran Kampung Toupus, dekat sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Lawdji Talib, 50; Biang Sayang, 64; Rigola Sandong, 40, dan bayi perempuan Nurul Rauhdatul Jannah Simrie.
Mangsa yang cedera parah pemandu, Mad Simrie Sayang, 33, isterinya Norminah Emping, 31, dan anaknya, Nurul Asyqin Mad Simrie, 6.


Difahamkan, Nurul Rauhdatul Jannah adalah bayi perempuan Mad Simrie.
Semua mangsa berasal dari Kampung Hsyang Pulau Bum-Bum, Semporna, dipercayai dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk bercuti sempena cuti sekolah.

Powered by Blogger.