Home » , » MENGEJUTKAN!! MLM 2014: Kumpulan Virus Bermula Garang Dengan Undian Tertinggi

MENGEJUTKAN!! MLM 2014: Kumpulan Virus Bermula Garang Dengan Undian Tertinggi

Written By Nick AreLonk on Wednesday 12 November 2014 | 15:26

MENGEJUTK!! MLM 2014: Kumpulan Virus Bermula Garang Dengan Undian Tertinggi


Ternyata gabungan tiga pelawak daripada dua kumpulan yang berbeza amat dinanti-nantikan peminat program komedi.  Belum lagi bermula minggu pertama gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Virus yang dianggotai oleh Tauke, Yus dan Zizan Razak sudah mula membuktikan mereka mempunyai ‘fanbase’ yang cukup kuat.
Mana tidaknya, menerusi undian terkini di lamanwww.maharajalawakmega.com.my menunjukkan kumpulan Virus mendahului 14 kumpulan yang lain dengan kelebihan 33 peratus undi. Ini diikuti oleh kumpulan Shiro dengan 17 peratus, Sepahtu dengan 16 peratus serta kumpulan-kumpulan lain yang menerima undian bawah dari 10 peratus.
Peratus Undian Setakat Hari Ini
Adakah ini menunjukkan kumpulan Virus bakal menguasai gelanggang MLM 2014 dan  memberi amaran kepada kumpulan yang lain bahawa mereka akan menjadi kumpulan pilihan yang tidak menerima tekanan hebat ke gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2014 kelak?
Kelebihan peratus undian yang dimiliki oleh kumpulan Virus memberi kelebihan buat mereka dan tiada sebarang tekanan yang diterima lebih-lebih lagi minggu pertama MLM 2014 bakal berlangsung pada 14 November ini.
Jika tahun lalu Sepahtu membuktikan mereka layak untuk bergelar sebagai juara MLM, tahun ini persaingan pasti lebih sengit dari minggu ke minggu. Ditambah juga dengan kehadiran kumpulan pelawak lain tidak kurang hebat seperti SYJ, Shiro, Bocey dan ramai lagi yang mempunyai pengalaman berada di pentas MLM sebelum ini.
Semestinya gelanggang MLM 2014 bakal menjadi tumpuan dengan pelbagai kejutan dan adakah akan anda kumpulan yang akan tersingkir di minggu pertama?
Pastikan ada menonton program Maharaja Lawak Mega 2013 dan teruskan mengundi kumpulan kegemaran anda.
Maharaja Lawak Mega 2014 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada 14 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Powered by Blogger.