Home » , » BENCANA!! Gambar Dan Video 35 rumah rosak akibat puting beliung di Alor Setar

BENCANA!! Gambar Dan Video 35 rumah rosak akibat puting beliung di Alor Setar

Written By Nick AreLonk on Friday 31 October 2014 | 17:33

BENCANA!! Gambar dan Video 35 rumah rosak akibat puting beliung di Alor Setar Semalam



Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.



Powered by Blogger.