Home » » PELIK!! PERSIAPAN UNTUK MATI DI JEPUN SEMAKIN POPULAR

PELIK!! PERSIAPAN UNTUK MATI DI JEPUN SEMAKIN POPULAR

Written By Nick AreLonk on Monday 22 September 2014 | 09:43

PELIK!! PERSIAPAN UNTUK MATI DI JEPUN SEMAKIN POPULAR


Tokyo: Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.

Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular.

‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda.

Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.
Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.

Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.- Agensi

Powered by Blogger.