Home » » MENARIK!!! 9 Lokasi Penggambaran Filem popular pada situasi sebenar

MENARIK!!! 9 Lokasi Penggambaran Filem popular pada situasi sebenar

Written By Nick AreLonk on Thursday 18 September 2014 | 23:47

MENARIK!!! 9 Lokasi Penggambaran Filem popular pada situasi sebenar

Pernahkah anda menonton rancangan televisyen atau filem dan terasa mahu melawat tempat tersebut dalam kehidupan sebenar? Dan anda mungkin terfikir sama ada tempat lokasi pengambaraan filem atau drama tersebut wujud atau tidak? Lihat senarai 9 tempat ini.

1. TONGARIRO NATIONAL PARK, NEW ZEALAND – LORD OF THE RINGS 
Jika anda ingin merasai dan mengalami pengalaman berada di Mordor, anda boleh pergi ke Tongariro National Park, New Zealand. Di sinilah tempat pengambaraan filem gah Lord of the Rings dilakukan, anda boleh melawat ke Mount Ngauruhoe – yang digunakan sebagai Mount Doom, manakala Mangawhero Falls digunakan untuk set Ithilien Camp. Anda boleh menikmati pemandangan indah sambil membayangkan setiap babak dalam filem epik tersebut.
Kasbah Ruins, Ait Benhaddou, Morocco
2. OUARZAZATE, MOROCCO – THE MUMMY
Jika anda tertarik dengan adegan padang pasir dalam The Mummy, anda boleh merasai pengalaman tersebut dengan berkunjung ke Morocco. Kebanyakan scene dalam filem itu difilemkan di gunung berapi tidak aktif berhampiran Erfoud, dan anda boleh berjalan di kawasan berhampirannya.
boris-harry-potter_2088800i
3. HERTFORDSHIRE, ENGLAND – HARRY POTTER
 Hertfordshire adalah di mana tabir Diagon Alley dari Harry Potter telah difilemkan, itulah sebabnya ia adalah satu destinasi pelancongan yang menyeronokkan untuk peminat Harry Potter. Anda boleh melawat kedai buku Flourish and Botts’ dan melihat di mana Harry Potter membeli tongkat sakti pertamanya.
ta-prohm1
4. TA PHROM, CAMBODIA – TOMB RAIDER
Kompleks kuil berhampiran Siem Reap di Kemboja adalah lokasi penggambaran untuk filem Tomb Raider. Anda boleh melawat lokasi bersejarah ini dan melawat kuil Ta Prohm.
Beijing-forbidden4
5. BEIJING, CHINA – KARATE KID 
Jika anda menyukai pemandangan indah dalam filem Karate Kid lakonan Jackie Chan dan Jayden Smith, anda harus pergi ke Beijing, China kerana di sinilah lokasi pengambaraan filem tersebut. Anda boleh berjalan di sepanjang Tembok Besar China di mana tempat Dre melakukan latihan karate atau melawat Kota Larangan di mana Dre pergi rombongan sekolah.
Bartlett Wash, Moab, Utah
6. MOAB, UTAH – 127 HOURS
Ramai menyukai filem ini kerana jalan cerita dan lakonan mantap James Franco malah ada yang menyukai pemandangan yang cukup mengagumkan yang dipaparkan dalam filem ini. Jika anda seorang yang adventure, anda boleh cuba hiking di Canyonlands National Park kerana pengalamannya cukup indah. 
[resize] 4244 [marla's pics - hellbrun] marla and elisa at the sound of music gazebo
7. SALZBURG, AUSTRIA – SOUND OF MUSIC 
Sukakan filem muzikal, Sound of Music? Malah, adakah anda menyanyi bersama-sama dalam Sound of Music? Menyukai pemandagan yang disajikan dalam filem ini? Untuk pengetahuan anda, banyak adegan untuk Sound of Music telah difilemkan di lokasi di Salzburg, Austria. Lepas ini, bolehlah plan ke sana pula.
sw-pondspider
8. TUNISIA, AFRICA – STAR WARS
Tunisia terletak di Pantai Utara Afrika di iklim padang pasir. Ia merupakan lokasi penggambaran filem popular Star Wars. Sebagai contoh, ia adalah lokasi planet Tatooine pada awal filem, lokasi rumah Luke Skywalker di Matmata dan penetapan untuk pelbagai adegan canyons dan dune di sepanjang filem ini. Anda boleh mulakan plan melawat Tunisia untuk merasai pengalaman sendiri.
Multnomah-Falls
9. PORTLAND, OREGON – TWILIGHT
Suasana penuh kehijauan dan romantik menghiasi filem Twilight. Di mana lokasinya? Rasanya peminat Twilight boleh alert akan lokasi Multnomah Falls, Cannon Beach, St. Helens dan Corbett, kesemuanya di Oregon.

Powered by Blogger.