Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
MOSCOW - RUSIA. [DIKEMASKINI] Media barat melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu lagi.
Sementara itu, syarikat penerbangan MAS dalam satu kenyataan ringkasnya mengesahkan pihaknya telah terputus hubungan dengan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam.
"Kedudukannya yang terakhir dilaporkan berada di ruang udara Ukraine.
"Maklumat lanjut akan menyusul," kenyataan itu dipetik.