Home » » Anak Lelaki Linda Rafar Meninggal Dunia

Anak Lelaki Linda Rafar Meninggal Dunia

Written By Nick AreLonk on Saturday, 5 July 2014 | 14:18

Anak lelaki kepada bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 , disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Pemergian anak keduanya itu disahkan sendiri oleh Linda melalui laman sosial Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Aktres itu telah memuat naik gambar anaknya beserta kapsyen“ Al-Fatihah… Moga anak mama tenang di syurga Allah.”
Menerusi aplikasi Whatsappnya kepada Astro Gempak, Linda mengesahkan anak kesayangannya itu meninggal dunia selepas Asar.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dikebumikan esok pagi.




Terdahulu, Rezaimen atau lebih mesra dengan panggilan Memen menderita akibat penyakit ketumbuhan kronik dalam perut sekitar April tahun ini.

Pada dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikut laman sosialnya mendoakan kesihatan anaknya.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah Al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,”  tulisnya.

Takziah diucapkan kepada keluarga Linda Rafar.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang beriman. Amin

Powered by Blogger.