Home » » Rumah Steve Jobs dan tempat Diciptanya Apple

Rumah Steve Jobs dan tempat Diciptanya Apple

Written By Nick AreLonk on Sunday, 15 June 2014 | 03:06

Rumah Steve Jobs dan tempat Diciptanya Apple 


Sebagai salah seorang yang berpengaruh atas perkembangan dunia teknologi IT, Steve Jobs merupakan HERO bagi seluruh warga Amerika. Kebanyakkan innovasi teknologi telah dicipta pada setiap perangkat yang dilancarkan Apple membuktikan bahawa  Steve Jobs adalah seorang pemimpin berkebolehan luar biasa yang patut diingati jasanya.
Antara penghormatan yang telah dilakukan setakat ini oleh pemerintah Amerika Syarikat untuk mengabadikan barang peninggalan dari Steve Jobs dan jasanya sehingga terbentuknya Apple adalah dengan mengubah rumahnya, tempat dimana permulaan bagi Apple menjadi sebuah muzium bersejarah.
Berdasarkan laporan mengenai rumah Steve Jobs ini, Para Sejarawan Los Altos telah bersetuju untuk menjadikan rumah tersebut sebagai tempat bersejarah. Rumah yang beralamat di 2066 Crist Drive, Los Altos, California bahkan akan dirasmikan menjadi muzium oleh pemerintah setempat.


Dulu rumah ini menjadi markas oleh Steve Jobs dan kawan-kawannya termasuk co-founder Apple Steve Wozniak, mencipta 50 unit Apple I pada tahun 1976 sebelum dipindahkan ke pejabat lain di Cupertino, California.
Menurut Ahli Sejarah Los Altos, Sapna Marfatia rumah Steve Jobs dijadikan tempat bersejarah kerana kehebatannya dalam mengembangkan teknologi sehingga mampu mengubah industri dan memberikan impak besar bagi generasi akan datang.
Rumah milik adik perempuan Steve Jobs, Patricia Jobs yang di bangun tahun 1952 ini merupakan sebuah peninggalan yang paling penting kerana rumah tersebutlah terciptanya sumber teknologi yang kini menjadi salah satu perusahaan paling bernilai didunia.

Powered by Blogger.